Tuesday, January 6, 2009

Terapi solat - BERITA HARIAN

KAJIAN saintifik tiga pensyarah Universiti Malaya membuktikan solat yang diwajibkan kepada umat Islam setiap hari, bukan hanya amalan kerohanian tetapi terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental terutama meningkatkan tahap kesihatan manusia.

SOLAT sebagai rukun Islam yang wajib dilakukan setiap umat Islam sudah banyak dikaji dari sudut kerohanian.

Bagaimanapun, pernahkah kita berfikir mengenai pengertian setiap gerakan solat seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud serta tahiyat awal dan tahiyat akhir.

Adakah gerakan itu hanya sekadar gerakan tubuh yang tidak mempunyai makna?

Kajian sains moden mendedahkan bahawa amalan yang dilakukan lima kali setiap hari bukan hanya suatu amalan kerohanian yang mendekatkan hamba kepada penciptanya. Kehebatan solat ternyata memanfaatkan tubuh manusia.

Hasil kajian saintifik membuktikan kewajipan terhadap setiap umat Islam mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.
Ng Siew Chok memakaikan topi elektrod untuk mengkaji gelombang otak.

Lebih membanggakan bukti itu diperoleh hasil kajian anak tempatan, termasuk seorang bukan Islam. Mereka adalah pensyarah Jabatan Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) yang diketuai Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama Profesor Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok.

Penggerak kajian ini ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan melalui geran Jabatan Perdana Menteri (JPM), kajian itu bermatlamat menentukan nilai terapeutik solat terhadap mereka yang melakukan solat, termasuk dari segi sistem kardiovaskular, komposisi tubuh, isyarat otak dan aktiviti otot.

Dr Wan Abu Bakar ketika memperjelaskan kajian itu berkata, mereka adalah jurutera bioperubatan yang mengkaji tubuh manusia dari segi kejuruteraan.

Katanya, kajian itu cuba melihat apa yang sebenar berlaku kepada fizikal dan mental manusia ketika melakukan solat.
SOLAT terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.
“Kajian dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu saya mengkaji aktiviti otot, Siew Chok mengkaji isyarat otak, iaitu apa yang berlaku kepada gelombang otak ketika solat. Dr Fatimah mengkaji komposisi tubuh,” katanya.

Beliau berkata, hasil kajian mendapati bahawa ada banyak perkara positif apabila seseorang melakukan solat dan ini dimuatkan dalam buku `Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains’ terbitan Jabatan Kejuruteraan Biomedikal. Buku ini mempunyai dua versi, bahasa Melayu dan Inggeris.

Setakat ini, kajian itu adalah yang pertama dilakukan secara saintifik di negara ini. Bagaimanapun, sudah ada beberapa kajian yang sama, tetapi tidak menyeluruh dan lengkap seperti yang dilakukan UM.

Seorang doktor perubatan dari Indonesia, Prof Dr Moh Sholeh, melakukan kajian khusus terhadap solat tahajud.

Beliau mengambil sampel darah, hormon tekanan (stress) dan imuniti dalam badan. Selepas tiga bulan melakukan solat, sampel diambil lagi dan didapati imuniti meningkat dan hormon tekanan menurun. Rumusannya solat tahajud boleh merawat barah.

Kajian lain dilakukan oleh tiga doktor perubatan dari Universiti Hokkaido di Jepun, iaitu Mohammed Faruque Reza, Yuji Urakami dan Yukio Mano, yang mendapati bahawa posisi tubuh (posture) solat boleh merawat warga tua yang sakit tulang.

Dr Wan Abu Bakar berkata, kajian sepatutnya berakhir tahun ini, tetapi jabatan mempunyai beberapa cadangan baru bagi memperluaskan kajian itu.

Memperjelaskan kajian lanjutan itu, Dr Fatimah yang mengetuai kajian berkata antara bidang baru yang akan dikaji ialah mengenai perbezaan solat antara orang biasa dan ulama.

“Kajian itu akan mengkaji isyarat otak ulama dan orang biasa ketika bersolat. Adakah isyarat otak orang alim adalah lebih tenang berbanding orang biasa kerana kita menjangka mereka memahami bahasa al-Quran,” katanya.

Bagaimanapun, katanya sukar untuk mendapat ulama secara sukarela menyertai ujian ini. Beliau memberi jaminan bahawa identiti mereka yang menyertai ujian dirahsiakan dan hanya dinyatakan sampel adalah dari kumpulan tertentu.

Berbanding kajian awal yang mengesahkan solat memberi banyak kebaikan kepada kesihatan manusia, katanya kajian lanjutan memperjelaskan proses solat merawat pelbagai penyakit.

Mengambil Erektil Disfungsi (ED) atau mati pucuk sebagai contoh, katanya kajian awal yang dilakukan mengesahkan bahawa solat memberi kesan positif untuk merawat ED, tetapi mereka ingin mengkaji cara gerakan solat merawat penyakit itu.

Read more...

Tuesday, December 2, 2008

air mata perempuan...

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa engkau menangis?"
"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"
Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.
Anak laki-laki kecil itu pun menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"

Tuhan berkata:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya " "Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu "

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.

Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan

"Kau tahu:
Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, tubuh yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."

"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari MATAnya, kerana itulah pintu hatinya - tempat dimana cinta itu ada."


Read more...

Wednesday, November 19, 2008

Cerita ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama jimmy

Die ade awek name Julie.julie nih dok kt perlis..Diorng nih xpnah jumpe sblom nih,juz msg n call aje....Gamba pon diorng xpernah tengok sbb mereka hanya memakai nokia 3310iDiorng da xthan nk jumpe sngat2...

Diorng pon berpakat akn berjumpe pada hari raye pertama..Dan diorng brcdang utj berjumpe di rumah julie..Julie telah beritahu keluarga dia yg jimmy akan dtng beraya kerumah mereka..Pada seminggu sebelom hari raye,Julie terlibat dgn satu kemalangan..Mayat julie selamat dikebumikan..

Seluruh keluarga Julie sngt bersedih atas pemergian Julie..Julie di dapati terkoban dalam kemalangan tersebut..Akan tetapi,jimmy tidak mengetahui hal ini..Kebetulan,hp jimmy rosak pada hari kematian Julie..Sehari sebelum raya,bru lah hp die siap dibaiki...Apabila hp da ok,jimmy terus msg Julie..Mesej yg dihantar oleh jimmy tersebut semua di'reply'..Pada hari yg ditetapkan,dgn alamat yg pernah diberi oleh Julie kpd jimmy..Jimmy bertolak dr johor pd subuh awl syawal,dan smpai di perlis pd ptng ari2 juga dengan memandu kereta proton wira 1.6 kepunyaan kwn baiknya...

Bila smpai shj dirumah Julie,dia terus bagi salam dan memperkenalkan dirikepada ibu bapa Julie..Ibu bapa Julie pon menyuruh jimmy duduk..Mereka perbualan dgn bertnya tntang diri jimmy..tetapi mata jimmy terjenguk2kearah dapur dan bilik2 yg ade dirumah tersebut kot2 ade Julie keluar ataumenyorok dri dia..Jimmy semakin tidak senang duduk..Setelah lama berbual,jimmy pon tny pasal Julie kerana beliau tidak tahan nkberjumpa dgn Julie..Ibubapa Julie menyarankan supaya jimmy banyak bersabar.....Jimmy semakin hairan,dan bertanya kepada ibubapa Julie,"kenapa mak cik ngan pak cik??ape yg da berlaku pd Julie??""Julie telah meninggal dunia" kata ibu Julie..Jimmy semakin kehairanan..Jimmy bertanya"bila mak cik??sbb apa??"

Ibu bapa Julie pon menceritakan tentang hal kejadian..Jimmy agak terkejut,Tetapi jimmy tidak percaya kerana beliau ade sms dgnJulie sebelum berangkat ke perlisJimmy pon tunjuk semua sms itu kpd ibu bapa Julie..Setelah membaca dan melihat no telefon tersebut,ibu bapa Julie hairan keranacara sms dan no telefon itu memng Julie yg punye...Utk mendapatkan kepastian,ibu bapa Julie bawak jimmy ke tnah perkuburanJulie..Jimmy maish x berpuas ati dan mengorek kubur Julie...Memng betol Julie sudah mati dan berada didalm kubur tersebut..Jimmy semakin hairan dan ketakutan...

Sebelum julie meninggal,julie telah berpesan kpd org tua die supaya kalo diamati,tnm skali hp die sbb die terlalu syg kt hp nih..Ibu bapa Julie turut menceritakan hal ini kepada jimmy...Jimmy pon cuba sms Julie didepan ibu bapa Julie,"awk ngah wat pe??"Tidak lma kemudian,hp jimmy berbunyi dan ade satu sms diterima,apabila bukashj sms tersebut,kesemua mereka terkejut beruk kerana sms itu dibalas olehJulie dan sms tersebut berbunyi"xde wat papepon..awk da smpai ke??"Jimmy semakin panic dan membalas "ibu bapa awk kata awk da MATI??"Dan Julie pon balas "memng sy da meninggal..."

Jimmy cuba beraniakn dri dan membalas semula sms tersebut dgn "ABES 2,MCMMANE AWK BOLEH BALAS SEMUA SMS SY??"Tidak lama kemudian,hp jimmy pon berbunyi lg..Kesemua mereka menjadi semakin panik,takut dan mcm bermain difikiran merekasemasa jimmy hendak membaca sms tersebut..Apabila mereka baca sms tersebut,mereka jd terkejut BEROK & kehairanan nterpinga-pinga...Kerana sms etrsebut berbunyi

"DIGI ADA DIMANA-MANA"...hahahahahahahahahaha....

Read more...

About This Blog

About This Blog

  © Blogger template Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP